HomeUtamaKPDN gesa syarikat pengangkutan Sabah segera daftar SKPS sebelum 30 Sept

KPDN gesa syarikat pengangkutan Sabah segera daftar SKPS sebelum 30 Sept

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PENAMPANG : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menggesa syarikat-syarikat pengangkutan di negeri segera mendaftar menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi menikmati manfaat subsidi petrol RON95 bermula 30 September ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, sehingga semalam, hanya lebih 11,000 kenderaan daripada 100,000 yang layak di seluruh negara sudah mendaftar.

Fuziah Salleh

Katanya, jumlah itu melibatkan 4,412 buah syarikat yang bersamaan kira-kira 11 peratus.

“Sabah menjadi negeri yang diberi perhatian kerana sebelum ini tidak terlibat dalam Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

“Jadi, ini kali pertama ramai pengusaha kecil seperti teksi, van dan lori kargo akan berdepan dengan subsidi petrol bersasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena sesi lawatan kerja bagi meninjau persediaan pelaksanaan SKPS di sini pada Khamis.

Fuziah ketika melihat kaedah pelaksanaan ‘Fleet Card’ di sistem pam minyak

Fuziah berkata, sistem subsidi baharu ini lebih telus kerana jumlah subsidi ditolak serta-merta di pam minyak dan dipaparkan terus pada resit.

Bagaimanapun katanya, beliau bimbang ramai pemilik kenderaan hanya akan membuat pendaftaran di saat akhir, menyebabkan syarikat minyak tidak sempat mengeluarkan ‘Fleet Card’ dalam tempoh ditetapkan.

“Proses KPDN meluluskan permohonan agak cepat, tetapi selepas itu syarikat minyak perlukan masa antara lima hingga 14 hari untuk keluarkan kad.

“Kalau daftar saat akhir, pemilik mungkin terpaksa bayar harga pam penuh kerana kad belum siap,” katanya.

Beliau berharap semua pemilik kenderaan yang layak mendaftar segera agar tidak terlepas manfaat subsidi. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas Pengarah JANS nafi hubungan baik dengan timbalan, dakwa pernah terima...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular