HomeUtamaSUHAKAM dibenar jadi peguam pemerhati dalam kes lima remaja mencela Zara

SUHAKAM dibenar jadi peguam pemerhati dalam kes lima remaja mencela Zara

Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Kanak-Kanak membenarkan permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagai pemerhati dalam kes melibatkan lima remaja yang didakwa mencela Zara Qairina Mahathir.

Hakim Elsie Primus membenarkan permohonan itu mengikut Seksyen 12(3)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Negeri Sabah, Cindy Mc Juce Balitus, pihak pendakwaan telah menyerahkan 15 dokumen kepada tertuduh kanak-kanak pertama, dan 18 dokumen masing-masing kepada tertuduh kanak-kanak kedua, ketiga, keempat dan kelima, selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

“Sebanyak lima dokumen tambahan akan diserahkan kepada semua tertutup Kanak-Kanak pada pengurusan kes pra-bicara (PTCM) seterusnya pada 16 Okt.

“Perbicaraan yang ditetapkan pada 9 hingga 20 Dis 2025 akan diteruskan seperti dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas selepas prosiding PTCM Mahkamah Kanak-Kanak selesai pagi tadi.

Terdahulu, prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak dijalankan secara tertutup dengan hanya pihak-pihak berkaitan sahaja dibenarkan hadir.

Memandangkan terdapat perintah larangan penyiaran (gag order) bagi kes ini, media hanya akan menerima perkembangan prosiding daripada pegawai mahkamah.

Pada 20 Ogos, kesemua lima tertuduh, yang identiti mereka tidak boleh didedahkan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencela Zara.

Kelima-lima tertuduh didakwa mencapai niat bersama menggunakan perkataan mencela terhadap Zara yang mana perkataan tersebut didengari yang mungkin menyebabkan Zara berasa terganggu dengan perkataan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Julai lalu di antara jam lebih kurang 10 malam sehingga 11 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan RM1,000 perlu didepositkan bersama seorang penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nor Azizah Mohamad, Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan.

Empat daripada tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, ⁠Fareez Salleh, dan ⁠Sylyester Kuan.

Seorang lagi tertuduh diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh, dan Prem Elmer Ganasan.

Zara ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah pada 16 Julai di Papar, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada keesokan harinya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua pesara kerajaan didakwa atas tiga pertuduhan rasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular