HomeUtamaPengarah Animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani, Meninggal Dunia Dalam Insiden di...

Pengarah Animasi Ejen Ali, Andi Abdul Ghani, Meninggal Dunia Dalam Insiden di Sungai Kinabatangan

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU,— Dunia animasi tanah air berduka dengan pemergian salah seorang tenaga kreatif utama, Andi Abdul Ghani A Kadir, yang disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden di Sungai Kinabatangan, Sabah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan penemuan itu selepas pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.

Menurut maklumat awal, mangsa dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas terjun dari jambatan di kawasan berkenaan. Sebelum kejadian, Andi dan isterinya difahamkan terbabit dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Kereta yang dipandu isterinya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum Andi bertindak keluar dari kereta dan terjun ke sungai.

WAU Animation dalam kenyataan berasingan berkata, Allahyarham adalah Animation Director bagi siri animasi popular Ejen Ali dan juga sebahagian daripada ahli Braintrust yang menjayakan kejayaan Intellectual Property (IP) berkenaan.

“Dengan berat hati kami memaklumkan kehilangan salah seorang Wauriors, Andi Abdul Ghani A Kadir. Kami mengucapkan setulus takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, laporan mStar menyebut berita pemergian Andi lebih menyentuh hati apabila difahamkan beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

Seorang individu dikenali sebagai Yuesran Muhamad Salleh, yang menguruskan majlis perkahwinan pasangan berkenaan, turut meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan khabar duka itu.

Pemergian Allahyarham mendapat perhatian ramai rakan industri serta peminat yang menzahirkan penghargaan atas sumbangannya dalam mengangkat animasi tempatan ke peringkat antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar Nafi Ejen Pelaburan Minta Wang Pengenalan Dikurangkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular