HomeUtamaProjek Lebuhraya Pan Borneo Serusop – Pinturu  berjalan lancar 

Projek Lebuhraya Pan Borneo Serusop – Pinturu  berjalan lancar 

Read Time:35 Second

TUARAN: Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) melibatkan laluan Serusop – Pinturu sepanjang 20.8 kilometer yang bernilai RM465 juta dijangka siap pada 19 Julai 2028.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika melawat projek yang bermula 20 Januari 2025 itu turut berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan 

“Saya melawat tapak kerja hari ini dan gembira melihat kemajuannya yang lebih awal daripada jadual,” katanya.

Jalan raya satu lorong dua hala yang menghubungkan Tuaran dan Kota Belud itu turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan sepanjang 682 meter.

Hajiji telah diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Datuk Philemon Lajawai bersama pegawainya. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

UMNO Sabah tidak layak bercakap soal integriti, Bung sendiri terpalit rasuah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular