HomeUtamaSabah juara Debat Generasi MADANI, Hajiji zahir rasa bangga

Sabah juara Debat Generasi MADANI, Hajiji zahir rasa bangga

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan debat Negeri Sabah yang berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025, di Putrajaya pada Isnin.

Katanya, kejayaan itu merupakan penantian selama 16 tahun untuk Sabah kembali ke pentas akhir.

“Tahniah kepada anak-anak Sabah yang berjaya melakar sejarah sebagai Johan Pertandingan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan 2025!

“Selepas penantian 16 tahun untuk kembali ke pentas akhir, pasukan dari Sabah bukan sahaja mara ke final tetapi akhirnya menjuarai pertandingan buat kali pertama. Kali terakhir Sabah berada di peringkat final ialah pada tahun 2009 sebagai Naib Johan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Hajiji turut berbangga apabila anak-anak Sabah menggunakan dialek Sabah yang berkumandang di pentas kebangsaan.

Menurutnya,  keberanian itu bukan sahaja mengangkat identiti Sabah, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi muda bahawa bahasa dan budaya adalah kekuatan sebenar.

“Tahniah dan syabas kepada Noraeezma Mada Ali Joharie (16), Anas Humairah Suwardi (15), Anis Malaeka Husni (15) dan Nur Safa Natasya Aaharuddin (15) dari SMK Tawau serta Nur Aisyah Jasrin (16) dan Siti Ellysha Jaimis (16) dari SM Sains Sabah! 

“Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru-guru, pegawai pengiring, jurulatih dan ibu bapa mereka. 

“Kejayaan ini membuktikan semangat juang, keyakinan dan bakat luar biasa anak-anak Sabah yang telah mengharumkan nama negeri,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Jetama digesa luaskan pemasangan sistem air minum nano ke pedalaman Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular