HomeUtamaWarga emas dapat 27 tahun penjara, 4 sebatan rogol perempuan bawah umur

Warga emas dapat 27 tahun penjara, 4 sebatan rogol perempuan bawah umur

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara berjumlah 27 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, empat tahun lalu.

Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap seorang petani berusia 61 tahun selepas tertuduh didapati bersalah.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dikenakan penjara 12 tahun dengan dua sebatan kerana merogol mangsa berusia 11 tahun di kawasan semak sebuah kebun di Tambunan, pada awal 2021.

Lelaki itu diperintahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh jaminannya dibatalkan pada 19 Oktober 2022.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan, kerana mengulangi kesalahan itu pada 11 Julai 2021, di kawasan semak di tepi jalan sebuah kampung.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua berjalan serentak; menjadikan tempoh penjara hanya 15 tahun.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) akta sama, bagi setiap pertuduhan, yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun dan 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tujuh saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan semasa perbicaraan, yang bermula pada 2021.

Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert manakala lelaki itu diwakili peguam Datuk Peter Allion.

RELATED ARTICLES
Utama

5,000 biasiswa disedia, pelajar boleh mohon TPNS, BUDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular