HomeUtamaKerajaan kekalkan Harga Petrol Ron95 Dalam Tempoh Terdekat Selepas Perlaksanaanya

Kerajaan kekalkan Harga Petrol Ron95 Dalam Tempoh Terdekat Selepas Perlaksanaanya

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR — Kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 kekal pada kadar subsidi RM1.99 seliter di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan tidak berhasrat menyemak semula harga berkenaan kerana ia adalah janji yang telah dibuat kepada rakyat untuk memastikan mereka terus menikmati harga bahan api berpatutan.

“Kadar RM1.99 adalah harga subsidi yang telah dipersetujui dan akan dikekalkan buat masa ini. Niatnya untuk mengekalkannya buat sementara waktu. Tetapi saya tidak boleh menjamin ia kekal sepanjang masa kerana ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya pada sidang media mengenai subsidi RON95 di Bangunan KWSP, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amir Hamzah menjelaskan kerajaan sedang memperhalusi mekanisme penggunaan harian dalam BUDI95 bagi mengelakkan ketirisan subsidi, termasuk cadangan mengehadkan pengisian petrol agar tidak boleh dilakukan berulang kali dalam tempoh singkat.

Beliau menegaskan sebarang mekanisme baharu tidak boleh terlalu ketat atau membebankan rakyat, sebaliknya mesti memastikan sistem subsidi benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

Rakyat Malaysia boleh membuat semakan kelayakan subsidi BUDI95 mulai 25 September (Khamis) melalui laman web rasmi www.budimadani.gov.my. Bagaimanapun, laman web berkenaan masih belum diaktifkan ketika ini.

Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam ‘reader’ di pam stesen minyak untuk menikmati subsidi. Selain bayaran tunai, mereka juga boleh menggunakan kad kredit, kad debit, e-dompet atau aplikasi Setel bagi melengkapkan transaksi.

RELATED ARTICLES
Utama

31 pengamal media tamat Kursus Pelaporan dan Analisis Pilihan Raya Negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular