HomeUtamaBantuan, pampasan insurans untuk keluarga mangsa tanah runtuh

Bantuan, pampasan insurans untuk keluarga mangsa tanah runtuh

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah memberi jaminan semua keluarga 13 mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Papar, Penampang dan Kota Kinabalu minggu lalu akan menerima bantuan khas dan pampasan insurans.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perbincangan telah dibuat bersama Kementerian Kewangan negeri bagi memastikan pampasan insurans kemalangan kerajaan negeri turut disalurkan kepada keluarga mangsa.

“Ya, saya sudah bincang dengan Kementerian Kewangan untuk memberi mereka bantuan daripada insurans untuk kematian. Jadi saya mahu tahu nanti sama ada mereka layak dapat atau tidak.

“Tapi di pihak kerajaan, kita bagi bantuan juga daripada Yayasan Kebajikan Negeri Sabah, RM10,000 satu keluarga yang meninggal itu. Dan daripada kerajaan negeri pun ada RM10,000. Daripada insurans ini, nanti saya akan pastikan betul-betul sama ada mereka masuk dalam kategori layak atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demimian ketika ditemui selepas melancarkan Program Kedai Jujur di Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara, di sini, pada Selasa.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini mengenai bantuan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan.

Kerajaan negeri sebelum ini memperkenalkan Skim Insurans Berkelompok, iaitu skim insurans kemalangan percuma yang memberi perlindungan sehingga RM10,000 serta faedah khairat kematian sebanyak RM500 kepada semua rakyat Sabah berusia satu bulan hingga 80 tahun. Skim ini berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028.

Katanya, inisiatif tersebut bertujuan menjaga kebajikan rakyat serta membantu meringankan beban kewangan, khususnya golongan B40, ketika berdepan musibah tidak diduga. – Chronivo / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Dua ADUN Sabah dapatkan semula pasport bagi tujuan kerja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular