HomeUtamaSSMJ nafi keluarkan tawaran geran, bantuan melalui WhatsApp

SSMJ nafi keluarkan tawaran geran, bantuan melalui WhatsApp

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menafikan dakwaan kononnya ada mengeluarkan tawaran geran, skim khas atau bantuan kewangan kepada orang awam melalui aplikasi WhatsApp, mesej peribadi, atau mana-mana saluran tidak rasmi.

Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, sebarang mesej, iklan atau tawaran yang menggunakan nama pegawai ataupun nama sekretariat berkenaan adalah palsu dan tidak sahih.

“Orang awam diingatkan supaya tidak memberikan maklumat peribadi, tidak membuat sebarang pembayaran, serta tidak memberi maklum balas terhadap mesej atau iklan yang mendakwa kononnya daripada pihak SSMJ,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, SSMJ komited memastikan segala maklumat rasmi hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi yang sahih dan diiktiraf.

SSMJ turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang menggunakan nama agensi kerajaan untuk mengelirukan masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

5,000 biasiswa disedia, pelajar boleh mohon TPNS, BUDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular