HomeUtama54 pelajar cemerlang terima bantuan kewangan, bukti komitmen kerajaan Sabah

54 pelajar cemerlang terima bantuan kewangan, bukti komitmen kerajaan Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seramai 54 pelajar cemerlang yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara menerima bantuan kewangan sebagai dorongan untuk terus cemerlang dalam akademik.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pemberian bantuan ini adalah tanda penghargaan serta galakan kepada generasi muda agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

“Kerajaan Negeri Sabah melalui pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa menjadikan pendidikan sebagai teras pembangunan negeri. Justeru, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi memastikan anak-anak Sabah memperoleh peluang pendidikan yang lebih luas dan seimbang,” katanya selepas majlis penyerahan tersebut di sini semalam.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, antara inisiatif tersebut termasuk Bantuan Ihsan Komputer (BIK) dengan pemberian komputer riba percuma kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Menurut beliau, kerajaan turut memberikan Bantuan Khas Pendidikan berbentuk tunai kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke dalam dan luar negara serta biasiswa dan pinjaman pendidikan Sabah (SBP).

Katanya, Dana Pendidikan Negeri Sabah turut diwujudkan untuk membantu graduan SPM dan STPM melanjutkan pengajian di universiti tempat manakala Program Pembangunan TVET Sabah diperkenalkan bagi memperkukuh pendidikan teknikal dan vokasional melalui kerjasama dengan kolej komuniti, politeknik serta institusi kemahiran.

“Langkah ini jelas membuktikan kesungguhan kerajaan GRS dalam memastikan anak-anak Sabah mendapat akses pendidikan terbaik, sekali gus mampu membina masa depan yang lebih cerah,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Seorang Timbalan Ketua Menteri Cina, jika GRS terus diberi mandat –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular