HomeUtama800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

Read Time:50 Second

PENAMPANGSebanyak 800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh serta petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sini pada Sabtu.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing yang mewakili Menteri, Datuk Seri Christina Liew yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2025.

Penyerahan dibuat kepada Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Noemi Dyena John Tren, sebagai wakil penerima pusat bencana.

Dalam satu kenyataan, Christina berkata, bantuan makanan itu merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi meringankan beban komuniti yang terjejas akibat bencanam

Selain itu katanya, sumbangan itu juga bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

“Bantuan ini adalah tanda solidariti dan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana, di samping penghargaan kepada mereka yang berkorban masa dan tenaga untuk keselamatan rakyat,” katanya.

Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk bersama rakyat dalam menghadapi saat-saat sukar, selaras dengan semangat Sabah Maju Jaya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular