HomeUtamaSuami ditahan ugut isteri dengan parang

Suami ditahan ugut isteri dengan parang

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Sitti Nor Aziziah Talata

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki mengugut isterinya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Jalan Apas, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, insiden berlaku kira-kira jam 1.30 pagi apabila suspek berusia 41 tahun itu mengamuk sambil mengeluarkan ugutan bunuh terhadap isterinya.

“Suspek mendakwa kononnya terdapat individu mengintai dari luar rumah sambil menyelak langsir di ruang tamu. Situasi tegang itu memuncak apabila dia menjerit dan mengancam mahu menetak isterinya dengan parang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan suspek pada jam 8 malam kelmarin di perkarangan IPD Tawau.

“Polis turut merampas sebilah parang, seutas kunci kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux,” katanya.

Menurut Jasmin, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengawal emosi serta tidak bertindak di luar kawalan hingga mengancam keselamatan ahli keluarga.

“PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan ugutan atau tindakan ganas. Mereka yang menghadapi tekanan wajar mendapatkan bantuan sewajarnya bagi mengelakkan tragedi tidak diingini,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular