HomeUtamaRam Singh buat laporan polis berhubung kebocoran maklumat, gesa siasatan

Ram Singh buat laporan polis berhubung kebocoran maklumat, gesa siasatan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Peguam Datuk Ram Singh hari ini membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat melibatkan seorang saksi kanak-kanak dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Ram, yang mewakili saksi kanak-kanak dikenali sebagai Pelajar A, berkata maklumat yang bocor, termasuk kenyataan saksi, telah menyebabkan tekanan yang tidak sepatutnya kepada anak guamnya serta keluarga.

Menurutnya, insiden itu turut menyebabkan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 ditangguhkan ke Isnin selepas emosi saksi kanak-kanak terbabit agak terganggu.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Luyang kira-kira jam 4 petang berhubung perkara ini.

“Saya membuat laporan ini agar pihak polis menyiasat kebocoran maklumat sulit ini, mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab, dan mengambil tindakan sewajarnya demi melindungi saksi serta memastikan integriti prosiding inquest ini tidak terus tergugat,” katanya.

Menurut Ram, beliau dimaklumkan pagi tadi bahawa kenyataan saksi pelajar yang sepatutnya diberikan di Mahkamah Koroner, telah dibocorkan di media sosial serta disebarkan secara meluas melalui WhatsApp.

Beliau menambah, sebuah video yang dimuat naik di TikTok turut mendedahkan nama lima orang pelajar.

Tegasnya, tindakan itu melanggar undang-undang yang berkaitan dengan perkindungan saksi khususnya bawah Akta Kanak-kanak 2001 serta peruntukan lain yang berkaitan dengan kerahsiaan prosiding mahkamah.

Terdahulu semasa prosiding, Koroner Amir Shah Amir Hassan melahirkan rasa kecewa terhadap kebocoran itu.

Beliau turut menasihatkan Ram supaya membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular