HomeUtamaKPM utamakan keselamatan warga IPG Gaya susulan tanah runtuh

KPM utamakan keselamatan warga IPG Gaya susulan tanah runtuh

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan keselamatan seluruh warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya menjadi keutamaan selepas insiden tanah runtuh yang berlaku di kampus berkenaan baru-baru ini.

KPM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, kejadian tersebut menyebabkan kerosakan serius pada bahagian cerun serta beberapa blok bangunan yang kini telah ditutup.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini. Namun, langkah segera diambil bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin,” menurut kenyataan itu.

Antara tindakan segera yang dilaksanakan termasuk arahan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh.

Selain itu tindakan segera adalah merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk tujuan binaan baharu, menyewa premis luar berdekatan bagi memastikan aktiviti akademik tidak terjejas, serta membina semula tangki air yang rosak.

KPM turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan beliau melalui lawatan yang diadakan ke IPG Kampus Gaya.

“Kementerian akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan memberi keutamaan penuh terhadap aspek keselamatan pelajar serta kakitangan,” jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Hajiji pada Rabu mengadakan tinjauan di lokasi berkenaan.

“Keadaan nampak begitu teruk dan perlu tindakan susulan segera. Sementara ini, bangunan terbabit ditutup dan memang tidak digunakan oleh pelajar. 

“Kita akan mendapatkan laporan penuh daripada JKR dan pihak IPG sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.

Menurutnya, langkah jangka panjang akan ditentukan selepas laporan teknikal selesai, termasuk cadangan penyelesaian menyeluruh bagi mengelakkan kejadian berulang.

Beliau menegaskan keselamatan pelajar dan kakitangan IPG Kampus Gaya menjadi keutamaan utama dan semua arahan susulan akan dibuat berdasarkan nasihat teknikal pakar. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular