HomeUtamaKerajaan negeri, persekutuan cari penyelesaian isu runtuhan LLC Kaiduan

Kerajaan negeri, persekutuan cari penyelesaian isu runtuhan LLC Kaiduan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan akan mencari penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi isu runtuhan laluan aras rendah (LLC) Kaiduan yang berlaku sejak 13 September lalu.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, struktur itu runtuh akibat arus deras dan sumbatan sisa seperti kayu serta batu yang menutup pembetung (culvert) sekali gus menyebabkan hakisan pada asas jambatan.

“LLC ini memang sejak dahulu tidak dapat menampung cabaran arus ekstrem. Selepas hujan lebat berterusan baru-baru ini, struktur asas di kedua-dua pangkal akhirnya runtuh,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat perkembangan bencana di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Papar di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun terdapat jambatan gantung sebagai alternatif, akses jalan darat kekal penting kerana kawasan tersebut melibatkan beberapa kampung selain menjadi laluan utama aktiviti ekonomi dan pelancongan.

“Petang ini saya bersama Datuk Juil Nuatim (ADUN Limbahau) akan turun ke tapak LLC Kaiduan bersama agensi teknikal untuk meneliti solusi terbaik agar pembinaan baharu nanti dibina dengan spesifikasi kukuh, mampu menampung cabaran arus besar dan risiko banjir ekstrem,” katanya.

Armizan menegaskan, kerajaan negeri dan persekutuan telah memberi komitmen untuk menyegerakan projek penyelesaian tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

Hadir sama pada sidang media itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular