HomeUtamaKumpulan DESA hulur sumbangan ringankan beban mangsa banjir

Kumpulan DESA hulur sumbangan ringankan beban mangsa banjir

Read Time:56 Second

Oleh J. Evachel John

PENAMPANG: Lebih 290 mangsa banjir daripada 75 keluarga di daerah ini menerima bantuan segera daripada Kumpulan DESA (DESA Group) sebagai tanda solidariti ketika berdepan musibah banjir, semalam.

Sumbangan berupa 300 bakul makanan, beras dan bekalan air mineral diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk diagihkan kepada keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Pegawai Eksekutif DESA, Emiliana Chin, berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat bagi meringankan beban penduduk yang terkesan.

“Sebagai sebuah syarikat yang dekat di hati rakyat Sabah, kami amat bersimpati dengan kesukaran dihadapi mangsa banjir. Sumbangan ini adalah komitmen kami bagi memastikan mereka sentiasa mempunyai bekalan makanan mencukupi sepanjang berada di PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha itu juga melambangkan solidariti warga kerja DESA yang sentiasa bersama rakyat, khususnya ketika berdepan musibah.

Emiliana berkata, bagi pihak pengurusan, terutama Pengerusi Kumpulan DESA, Tan Sri Liew Yun Fah, tanggungjawab korporat bukan hanya soal perniagaan semata-mata, tetapi menyelami penderitaan rakyat.

“DESA akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular