HomeUtamaMasjid dan Surau seluruh Sabah diminta adakan Solat Hajat bermula malam ini

Masjid dan Surau seluruh Sabah diminta adakan Solat Hajat bermula malam ini

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Semua masjid dan surau di seluruh Sabah diminta untuk mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat sebagai ikhtiar memohon perlindungan Allah SWT daripada bencana banjir dan malapetaka lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, majlis solat hajat itu boleh dilaksanakan bermula malam ini dan hari berikutnya.

Katanya, arahan itu telah disampaikan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani, untuk dikoordinasikan ke seluruh negeri.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar negeri Sabah dan rakyatnya dilindungi daripada sebarang mara bahaya, termasuk bencana alam. 

“Semoga negeri ini sentiasa berada dalam naungan keselamatan dan kesejahteraan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Solat hajat berkenaan diadakan susulan keadaan cuaca tidak menentu yang melanda beberapa daerah di Sabah, dengan beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir berpanjangan sejak minggu lalu. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular