HomeUtamaProgram Kutubkhanah kukuhkan kerjasama sekolah, pustakawan dan komuniti

Program Kutubkhanah kukuhkan kerjasama sekolah, pustakawan dan komuniti

Read Time:1 Minute, 39 Second

TUARAN: Program Jalinan Muhibbah Kutubkhanah mampu menyuburkan budaya ilmu serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pustakawan, warga pendidik, komuniti sekolah dan masyarakat setempat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, program yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Serusup itu merupakan inisiatif Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sabah (PPMKS) dengan kerjasama pelbagai agensi.

Antara agensi terlibat ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sabah serta pihak sekolah.

“Pustakawan bukan sekadar penjaga buku, tetapi agen perubahan minda yang menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat.

“Program ini melambangkan semangat kebersamaan membina jambatan ilmu dan muhibbah antara komuniti sekolah dengan perpustakaan,” katanya semasa Majlis Perasmian program tersebut di SK Serusup, Tuaran di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr. Kasim Mansor.

Hajiji berkata, empat siri gotong-royong telah diadakan sejak 13 Jun hingga 29 Ogos lepas selain pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Spelling Bee melibatkan pelajar sekolah, hasil kerjasama dengan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan UMS.

“Saya percaya melalui jalinan ini, anak-anak murid SK Serusup akan lebih dekat dengan budaya membaca, celik maklumat dan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan. Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha meningkatkan literasi masyarakat,” katanya.

Beliau berkata budaya membaca harus dipupuk sejak kecil kerana ia asas kepada pembinaan modal insan berkualiti dan program seperti ini memberi ruang kepada generasi muda menanam minat membaca serta menggunakan perpustakaan sebagai sumber rujukan.

“Saya berharap ia akan menjadi contoh kepada sekolah lain di seluruh negeri untuk terus memperkukuh kerjasama dengan perpustakaan dan pustakawan.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha meningkatkan literasi masyarakat, budaya membaca harus dipupuk sejak kecil kerana ia asas kepada pembinaan modal insan berkualiti,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan berharap program itu menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain di seluruh negeri untuk terus memperkukuh hubungan dengan perpustakaan dan pustakawan.

Turut hadir, Guru Besar SK Serusup, Kamarudin Sisun serta Pengerusi PPMKS merangkap penganjur program, Mohd Sazali Mohd Salleh.-

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular