HomeUtamaUtamakan keselamatan petugas dalam pemulihan bekalan elektrik - Hajiji

Utamakan keselamatan petugas dalam pemulihan bekalan elektrik – Hajiji

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Mesyuarat khas pemulihan segera bekalan elektrik susulan gangguan bekalan yang melanda kawasan Pantai Timur Sabah sejak semalam diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri di sini pada Ahad.

Hadir pada mesyuarat itu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Pegawai Operasi Sabah Electricity, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof dalam taklimatnya memaklumkan punca kejadian adalah runtuhan tanah di Kampung Sarapung, Penampang yang menyebabkan menara penghantaran Kolopis–Segaliud 275kV tumbang.

Beliau yang juga Komander Krisis bagi operasi pemulihan berkata, pasukan krisis Sabah Electricity kini berada di lokasi kejadian dan giat melaksanakan kerja-kerja penyambungan semula talian penghantaran.

Katanya, kerja-kerja pemulihan dijangka siap dalam tempoh dua hari namun bergantung kepada keadaan cuaca jika mengizinkan, 

Mesyuarat turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, serta Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Yahya Sulaiman.

Hajiji dalam pada itu berkata, pihaknya memahami situasi yang dihadapi petugas bagi memastikan bekalan pulih.

“Saya faham kerja-kerja pemulihan ini sangat mencabar. Walaupun kita mahu ia diselesaikan segera, keselamatan pasukan di lapangan juga mesti diberi keutamaan,” katanya.

Hajiji turut mengarahkan Sabah Electricity agar sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai serta memantau keadaan di lokasi dari semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular