HomeUtamaKota Kinabalu tuan rumah Grand Finale Miss Cultural International 2025

Kota Kinabalu tuan rumah Grand Finale Miss Cultural International 2025

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh Mu Vitet

KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi tuan rumah Grand Finale Miss Cultural International 2025 edisi kedua pada 8 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), yang menghimpunkan peserta dari 10 negara.

Pengerusi penganjur, Ken Wong berkata pertandingan itu bukan sekadar acara ratu cantik, sebaliknya berfungsi sebagai platform global untuk pertukaran budaya.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 termasuk wang tunai dan pelbagai ganjaran lain.

“Miss Cultural International menghubungkan peserta melalui kisah, nilai serta warisan mereka. Ia memupuk rasa hormat bersama, keamanan dan diplomasi budaya,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran acara itu juga akan melonjakkan profil Sabah sebagai hab pelancongan budaya di samping memperkukuh ekonomi kreatif Malaysia.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Taiwan, Filipina, Myanmar, Vietnam, Mongolia, China, Korea Selatan, Indonesia dan India. Peserta akan berentap dengan mempersembahkan fesyen etnik, persembahan kebudayaan, bahasa ibunda serta projek advokasi sosial.

Proses pemilihan wakil Malaysia kini sedang berlangsung.

Pertandingan peringkat negeri di Sabah telah diadakan pada 16 Ogos lalu, manakala Sarawak pula pada 7 September di Kuching.

Peringkat akhir kebangsaan akan berlangsung pada 20 September di Kuala Lumpur bagi menentukan wakil Malaysia.

Turut hadir semasa pengumuman itu ialah pemenang Miss Cultural International 2024, Marimar Magallanes dari Filipina serta wakil Sabah, Pang Nai Ee, Jane Ong Jia Huang dan Isabelle Ruth.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular