HomeUtamaRakyat Sabah dipelawa meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Padang Merdeka

Rakyat Sabah dipelawa meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Padang Merdeka

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini dipelawa  untuk hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di Padang Merdeka pada 16 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Seri Christina Liew berkata, sambutan yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol penyatuan rakyat sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

“Kehadiran rakyat akan menjadikan sambutan lebih bermakna kerana rakyatlah nadi dan jiwa negara. 

“Marilah kita bersama-sama meraikan detik bersejarah ini dengan penuh semangat kebersamaan,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata, lebih daripada 120 hadiah menarik menanti pengunjung bertuah yang hadir ke sambutan Hari Malaysia itu.

Katanya, hadiah utama termasuk motosikal serta hadiah menarik seperti basikal, mesin basuh, telefon pintar, baucer makanan bernilai RM200, baucer beli belah bernilai RM500 serta banyak lagi menanti para pengunjung.

Katanya, mereka yang mahu mengambil bahagian dalam cabutan bertuah itu perlu mendaftarkan diri dengan pihak penganjur semasa sambutan itu diadakan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular