HomeUtamaPersidangan Pegawai Daerah perkukuh pentadbiran, fokus basmi miskin tegar

Persidangan Pegawai Daerah perkukuh pentadbiran, fokus basmi miskin tegar

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Sabah kali ke-28 menyaksikan beberapa resolusi penting dirangka bagi memperkukuh pentadbiran daerah dan mempercepatkan usaha membasmi kemiskinan luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Jahid Jahim berkata, resolusi yang akan dibukukan menerusi persidangan dua hari itu menekankan beberapa perkara utama yang memerlukan perhatian segera.

Katanya, ia termasuklah penstrukturan daerah perlu dilihat semula meliputi keseluruhan aspek pengurusan di pejabat daerah, seperti isu perjawatan dan persempadanan daerah.

“Saya melihat perkara ini penting untuk memastikan pentadbiran daerah benar-benar mempunyai keupayaan dan kapasiti dalam melaksanakan tanggungjawab yang semakin mencabar.

“Persidangan juga menekankan pendekatan baharu KPLB dalam pelaksaanan program Basmi Miskin Tegar (BMT) supaya benar- benar sampai ke akar umbi.

“Untuk ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membincangkan perincian program yang sesuai melibatkan individu yang paling dekat dengan masyarakat luar bandar seperti JKKK dan Ketua kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan dan Makan Malam Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Sabah kali ke-28 di sini pada Jumaat.

Jahid berkata, pihaknya turut bersetuju dengan satu cadangan resolusi iaitu pewujudan satu jawatankuasa yang berfokuskan BMT di peringkat daerah bagi menangani isu-isu kemiskinan diluar bandar.

“Selanjutnya perkongsian maklumat kewangan daripada MOF telah menyentuh perlunya pegawai-pegawai daerah sentiasa berhati-hati bagi mengelak perkara-perkara yang melibatkan AP59.

“Oleh itu perancangan awal sangat penting dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan dan perkhidmatan. Kita tidak ingin melihat akan ada pegawai-pegawai daerah didakwa atau dikenakan surcaj atas ketidakpatuhan terhadap prosedur- prosedur kewangan,” katanya. – Chronivo / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular