HomeUtamaBanjir Sabah: PM Seru Penduduk Patuhi Arahan Pihak Berkuasa

Banjir Sabah: PM Seru Penduduk Patuhi Arahan Pihak Berkuasa

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan bencana banjir yang semakin buruk melanda Sabah, khususnya di daerah Penampang dan Beaufort.

Menurut beliau, lebih 400 mangsa kini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Saya mohon penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah apabila diarahkan kerana keselamatan nyawa keluarga adalah keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menyeru semua agensi keselamatan serta pihak berkuasa yang terlibat agar meningkatkan usaha menyelamat, selain memastikan kebajikan dan keperluan asas mangsa banjir dipenuhi.

“Berikan perlindungan terbaik kepada semua mangsa sehingga keadaan kembali pulih. Doa kami sentiasa bersama kalian,” katanya.

sementara itu, Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 409 orang daripada 110 keluarga pagi ini, berbanding 154 orang daripada 54 keluarga malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, seramai 255 mangsa daripada 56 keluarga dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan di Beaufort.

Di Penampang, pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin menempatkan 99 pelajar, Kompleks Sukan Penampang (95 mangsa, 44 keluarga), Dewan Huguan Siau (34 mangsa, 7 keluarga), dan Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis (27 mangsa, 5 keluarga). 

Sementara itu, semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) di Selagon.

“Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort,” menurut kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular