HomeUtama179 mangsa dipindahkan ke 4 PPS di Penampang akibat banjir

179 mangsa dipindahkan ke 4 PPS di Penampang akibat banjir

Read Time:59 Second

PENAMPANG : Seramai 179 mangsa banjir daripada beberapa kampung di daerah ini dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Penampang dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS mula beroperasi pada jam 7.30 malam selepas hujan lebat sejak semalam menyebabkan limpahan air sungai dan kawasan rendah dinaiki air

Empat PPS berkenaan ialah Kompleks Sukan Penampang yang menempatkan 55 mangsa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin yant menempatkan 88 mangsa, terdiri daripada pelajar sekolah tersebut.

Turut diaktifkan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) St Paul Kolopis menempatkan sembilan mangsa dan Dewan Serbaguna Kampung Tuavon menempatkan 27 mangsa.

Daripada jumlah keseluruhan, mangsa terdiri daripada golongan dewasa, kanak-kanak, bayi serta seorang orang kurang upaya (OKU).

Setakat ini, cuaca masih tidak menentu dan pihak berkuasa bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Penampang terus memantau perkembangan banjir, selain memastikan kebajikan mangsa di PPS terjaga.

Semalam, daerah Penampang diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Noemi Dyena John Tren berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 7.30 petang semalam. – Chronivo / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular