HomeUtamaKePKAS komited angkat Darau Wetland jadi destinasi pelancongan ikonik Sabah

KePKAS komited angkat Darau Wetland jadi destinasi pelancongan ikonik Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) memberi jaminan akan terus memberikan sokongan berterusan bagi memastikan Darau Wetland muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan “mesti lawat” di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew berkata, Darau Wetland mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai produk ekopelancongan bertaraf antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah dengan tarikan unik seperti kelip-kelip, hutan paya bakau, pelayaran sungai serta panorama matahari terbenam.

“KePKAS komited memastikan projek konservasi dan pemulihan hutan bakau serta populasi kelip-kelip di kawasan ini berjaya.

“Sokongan berterusan kementerian akan membantu menjadikan Darau Wetland sebagai destinasi ikonik yang memberi manfaat bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan produk pelancongan itu di sini baru-baru ini.

Christina berkata, usaha mempromosikan Darau Wetland akan dipergiat bersama komuniti kampung dan rakan kerjasama.

Katanya, ia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi serta Rotary Club Kota Kinabalu Pearl yang memainkan peranan penting dalam projek pemuliharaan berkenaan.

Beliau turut menyeru penduduk setempat agar terus berganding bahu memelihara keindahan alam sekitar di kawasan berkenaan supaya ia kekal menjadi tarikan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Darau Wetland bukan sekadar produk pelancongan, tetapi simbol kepada keseimbangan ekosistem dan kelestarian yang kita wariskan kepada generasi akan datang,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular