HomeUtamaInkues kematian Zara: Ada dua gaya tulisan berbeza - Saksi

Inkues kematian Zara: Ada dua gaya tulisan berbeza – Saksi

Read Time:3 Minute, 14 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan sebahagian catatan dalam buku milik Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditulis oleh individu lain.

Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, berkata halaman pertama buku yang ditandakan sebagai “W3” mempunyai dua jenis tulisan tangan berbeza dan dua nama pemilik.

“Tulisan tangan yang dipertikaikan pada “W3” pada muka surat 3 hingga 6, 15 hingga 24, 38 hingga 45, 47 hingga 57, 65 hingga 72 dan 90 hingga 103 menunjukkan persamaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan dengan contoh tulisan tangan “SA”. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini ditulis oleh penulis contoh.

“Tulisan tangan yang dipertikaikan pada “W3” pada muka surat 2, 7 hingga 14, 25 hingga 37, 46, 58 hingga 64 dan 73 hingga 89 menunjukkan perbezaan yang signifikan yang mencukupi dalam ciri-ciri tulisan tangan daripada contoh tulisan tangan “SA”. Oleh itu, saya berpendapat tulisan tangan yang dipertikaikan ini tidak ditulis ditulis oleh penulis contoh,” katanya dalam kenyataan saksi.

Nurul turut mendedahkan tulisan tangan pada beberapa dokumen lain (“Y1” hingga “Y15” serta “W1” dan “W2”) yang dianalisisnya adalah konsisten dengan spesimen tulisan tangan remaja berusia 13 tahun itu.

Nurul memberikan keterangan sebagai saksi kedua dalam prosiding inkues kematian Zara di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Terdahulu Nurul memaklumkan kepada mahkamah pada 20 Ogos lalu dia menerima 21 barang kes berupa helaian kertas dan buku yang bertulisan tangan bertarikh antara 21 November 2024 dan 24 Mei 2025.

Katanya, dia menerima 20 “Beg Barang Kes Polis Diraja Malaysia” bertanda “W1” hingga “W6”, “Y1” hingga “Y7” dan “Y9” hingga “Y15” sekitar jam 8.37 pagi. Padi hari yang sama, jam 4.04 petang satu peket plastik keselamatan “JABATAN KIMIA MALAYSIA” berpelekat sendiri bertanda “Y8” daripada Bahagian DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia.

Nurul berkata, perbandingan dibuat berdasarkan tulisan tangan contoh atas nama Zara Qairina di sebuah buku latihan dan dua buku teks sekolah (“W4” hingga “W6”).

“Saya telah memeriksa kesemua tulisan tangan dan melakukan perbandingan antara tulisan tangan yang dipertikaikan dengan semua contoh tulisan tangan.

“Saya menggunakan kanta pembesar dan peralatan saintifik ‘Video Spectral Comparator’ dalam pemeriksaan saya,” katanya.

Nurul telah bertugas di Jabatan Kimia Malaysia lebih kurang 21 tahun 1 bulan. Saya bekerja sebagai Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia, sejak 16 Julai 2004 dan diwartakan sebagai Pemeriksa Dokumen semenjak 16 Februari 2006.

“Dalam bidang tugas saya, saya menerima kes dan menyediakan laporan Kimia serta menjalankan pemeriksaan dokumen-dokumen yang dipertikaikan yang melibatkan pemeriksaan seperti tandatangan, tulisan tangan, tulisan taip, pindaan, proses percetakan, kertas dan dakwat.

“Saya juga pernah memberi keterangan di Mahkamah apabila diperlukan. Sepanjang pengetahuan saya, keterangan saya diterima oleh Mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Ram Singh dalam sesi pemeriksaan saksi membacakan petikan daripada helaian yang menunjukkan Zara meluahkan kemarahan terhadap ibunya, Noraidah Lamat, serta menggunakan kata-kata kesat.

Ram juga menunjukkan kewujudan kesan yang dipercayai darah pada eksibit “Y8”, namun Nurul berkata beliau tidak pasti mengenai tanda yang dikatakan darah itu.

Ditanya sama ada saksi merujuk sebahagian tulisan tangan Zara untuk penilaian psikiatri selepas membaca dokumen yang mengandungi bahasa kesat terhadap ibunya, Nurul menjawab: “Tidak.”

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Azhier Farhan Arisin, Nurul berkata tulisan tangan pada dokumen dokumen “Y14”, “Y2” dan “Y10” adalah konsisten dengan spesimen contoh tulisan tangan Zara.

Azhier turut membacakan beberapa ayat yang antaranya mengandungi bahasa kesat serta menyatakan Zara lebih suka tinggal di asrama jauh dari rumah.

Ram dan Azhier adalah peguam yang mewakili pesalah kanak-kanak yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berkait kes Zara.

Bagaimanapun, peguam mewakili ibu Zara, Rizwandean M. Borhan, berkata masih terlalu awal untuk mengesahkan catatan berkenaan milik mangsa dan memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa pihaknya akan memanggil pakar sendiri untuk menilai dokumen tersebut.

Hari ketiga prosiding inkues ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan bersambung esok dengan enam saksi dijangka hadir memberi keterangan iaitu dua doktor perubatan, dua kakitangan sekolah dan dua pegawai forensik.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular