HomeUtamaSSMJ nafi tawar geran dan bantuan kewangan melalui WhatsApp

SSMJ nafi tawar geran dan bantuan kewangan melalui WhatsApp

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan konon pihaknya menawarkan geran, bantuan kewangan atau skim khas kepada orang awam melalui aplikasi WhatsApp dan saluran tidak rasmi lain.

Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, mesej dan iklan yang menggunakan nama pegawai atau nama SSMJ untuk tujuan tersebut adalah palsu dan tidak sahih.

“Tiada sebarang tawaran geran, bantuan kewangan atau skim khas dikeluarkan oleh pihak Sekretariat melalui WhatsApp, mesej peribadi atau saluran tidak rasmi.

“Orang awam diingatkan agar tidak memberikan maklumat peribadi, membuat pembayaran atau memberi maklum balas terhadap mesej berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa semua maklumat rasmi berkaitan SSMJ hanya disalurkan melalui saluran komunikasi sahih dan diiktiraf.

“Orang awam disaran untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan,” katanya.- Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular