HomeUtamaPekerja maut tertimbus runtuhan tanah

Pekerja maut tertimbus runtuhan tanah

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki berusia 22 tahun maut selepas tertimbus runtuhan tanah sedalam kira-kira 10 kaki ketika melakukan kerja-kerja penggalian dan pemasangan paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.45 petang sebelum sebuah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 2.03 petang dan mendapati seorang mangsa tertimbus. Operasi menyelamat dilakukan dengan menggali tanah di kawasan mangsa tertimbus sebelum mangsa dibawa keluar menggunakan stretcher,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.50 petang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular