HomeUtamaPRN Sabah : GRS ulangi pendirian terus kerjasama dengan PH

PRN Sabah : GRS ulangi pendirian terus kerjasama dengan PH

Read Time:1 Minute, 27 Second

Sandakan :  Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan pendiriannya untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia sekaligus  menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

“Kita di GRS telah pun putuskan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi bahawa kerjasama kita dalam kerajaan sekarang ini, kita akan teruskan bersama PH,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan GRS ‘tidak mungkin berlaku’.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, gabungan parti tempatan itu sebelum ini telah memutuskan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi GRS akan bekerjasama dengan kerajaan sedia ada kini.

“Kita di GRS telah pun putuskan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi bahawa kerjasama kita dalam kerajaan sekarang ini, kita akan teruskan bersama PH,” katanya.

Beliau menambah, keputusan itu adalah selaras dengan semangat demokrasi yang diamalkan di Sabah, dan mengambil kira realiti politik negeri yang unik.

“Ini bukan perkara baru. Di Sabah, pernah berlaku satu pihak bersama Barisan Nasional sebagai pembangkang di negeri, tetapi bersama kerajaan di pusat. Ini biasa dalam politik, terutama di Sabah,” katanya.

Menjawab soalan berkenaan kemungkinan langkah lanjutan untuk memperkukuh kerjasama dengan PH menjelang PRN, Hajiji berkata, perkara itu telah diputuskan.

“Ya, memang itu yang telah kita putuskan. Jadi kerjasama itu akan kita teruskan. Kerajaan sekarang ini adalah kerajaan GRS dan PH. Itulah kerjasama yang kita pertahankan,” katanya.

Kenyataan ini sekali lagi mengukuhkan posisi GRS yang kini lebih cenderung kepada PH berbanding BN, sekali gus mencerminkan perubahan landskap politik Sabah yang terus dinamik menjelang pilihan raya akan datang. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

54 pelajar cemerlang terima bantuan kewangan, bukti komitmen kerajaan Sabah

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular