HomeSukanLebih 9,000 atlet sertai SAGA XI di Tawau Oktober ini

Lebih 9,000 atlet sertai SAGA XI di Tawau Oktober ini

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Lebih 9,000 atlet dan pegawai melibatkan 30 buah daerah di Sabah akan menyertai temasya Sukan Sabah (SAGA) XI yang akan berlangsung selama tujuh hari bermula 11 Oktober di daerah Tawau.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata majlis perasmian dijadul akan disempurnakan Ketua Menteri Sabah pada 11 Oktober di Kompleks Sukan Tawau, manakala penutup rasmi pada 17 Oktober 2025.

“Sebanyak 23 jenis sukan dengan lebih 200 acara dipertandingkan termasuk olahraga, bola sepak, sepak takraw, silat, muay thai dan e-sport yang kini semakin diminati golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program temubual segmen ‘Kita Cerita #Kitakongsi’ di Konti SABAHfm kendalian DJ Noddy dan Kak Lang, di sini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap KBS Sabah Datuk Mansur Asun dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor.

Ellron berkata, kelainan edisi kali ini adalah termasuk penyertaan atlet Sook dan Paitan sebagai daerah penuh serta Tawau menjadi tuan rumah solo bagi semua acara.

“Semua fasiliti di Kompleks Sukan Tawau sudah bersedia. Lebih enam bulan lalu persiapan telah dibuat dan sehingga kini tiada sebarang aduan daripada pihak pelaksana.

“Saya anggap perjalanan persediaan ini berjalan dengan lancar, mudah-mudahan ia berterusan hingga kejohanan berlangsung nanti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sasar pertahan kejuaraan SOPMA, rangkul kejayaan di Sukan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular