HomeUtamaTiga nilai utama pacu kecemerlangan pendidikan

Tiga nilai utama pacu kecemerlangan pendidikan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Belud : Tiga nilai utama dalam ekosistem pendidikan menjadi antara tonggak utama dalam menjayakan misi kemanjadian murid.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Mokilau Rudin berkata, nilai utama itu termasuklah kepimpinan sekolah, kualiti guru dan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, ketiga-tiga aspek itu merupakan tonggak utama bagi memastikan kecemerlangan sekolah dan melahirkan murid yang bukan sahaja hebat akademik tetapi juga berdaya saing dan berjiwa patriotik.

“Guru adalah agen perubahan yang paling berpengaruh dalam membentuk masa depan anak-anak kita. Komitmen guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanamun bukan sahaja dari sudut pedagogi, malah dalam membimbing murid secara menyeluruh. 

“Saya percaya guru-guru kita akan terus berinovasi untuk melahirkan murid yang berilmu, berakhlak, dan mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Sekolah bersama PIBG di SK Nanamun di sini baru-baru ini.

Hadir sama Guru Besar SK Nanamun Hamdan Hajad.

Mokilau berkata, peranan penting PIBG yang disifatkan bukan sekadar penyumbang kewangan, tetapi rakan strategik dalam membentuk kemajuan sekolah. 

Katanya, hubungan erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dilihat sebagai kunci utama kejayaan murid.

Majlis tersebut diserikan dengan semangat patriotik bersempena sambutan Hari Kebangsaan, di samping kenduri kesyukuran bagi meraikan perpindahan SK Nanamun ke bangunan baharu yang lebih selesa serta kondusif untuk pembelajaran.

Beliau turut menyeru agar semua pihak khususnya guru, ibu bapa dan komuniti untuk terus berganding bahu dalam memastikan perjalanan pendidikan anak-anak berjaya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular