HomeUtamaKePKAS kesal insiden di Pulau Timba Timba, arah siasatan menyeluruh

KePKAS kesal insiden di Pulau Timba Timba, arah siasatan menyeluruh

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) melahirkan rasa kebimbangan serius berhubung insiden terbaru yang berlaku di Pulau Timba Timba Semporna.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew, bagaimanapun berkata, Pulau Timba Timba bukan berada dalam kawasan yang diwartakan di bawah bidang kuasa pengurusan atau penguatkuasaan Taman-Taman Sabah (TTS).

“Walau bagaimanapun, susulan kejadian itu, pihak kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan siasatan menyeluruh dijalankan. 

“Kementerian difahamkan pejabat daerah serta majlis daerah berkenaan telah mengambil tindakan yang perlu untuk menghalang pihak tertentu daripada menjalankan urus niaga tidak sah di pulau tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Christina berkata, sebelum ini satu notis pengusiran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan terhadap penghuni haram di pulau tersebut.

“Semua perniagaan di pulau itu wajib mematuhi segala keperluan sedia ada. Mana-mana pihak yang tidak memiliki lesen atau permit tidak dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan atau diberikan kuasa untuk memungut bayaran,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata, tindakan tegas daripada semua pihak berkuasa berkaitan amat diperlukan demi memastikan keselamatan pelancong di negeri ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana insiden seperti pergaduhan berlaku di destinasi pelancongan.

“Kami telah dimaklumkan bahawa pihak polis telah menahan individu yang terlibat dalam pergaduhan di Pulau Timba Timba. Diharapkan tiada lagi insiden seperti ini berlaku selepas ini,” katanya.

Christina turut menasihati semua pengendali pelancongan agar mengutamakan langkah keselamatan dan tidak membawa pelancong ke lokasi yang tidak selamat.

“Kita menyeru semua pihak untuk bekerjasama dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang selamat di Sabah,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular