HomeUtamaBapa sebak terima Diploma anak

Bapa sebak terima Diploma anak

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Bapa kepada seorang pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila mewakili anaknya yang telah meninggal dunia bagi menerima sijil diploma pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang berlangsung di Dewan Rafflesia PKK di sini pada Rabu.

Adnan Masron,56, hadir sebagai wakil kepada Allahyarham Muhammad Hafiz Zawawi Adnan,23, yang menerima Diploma Diploma Kejuruteraan Awam.

Ketika ditemui, Adnan mengakui terharu kerana dapat mewakili anaknya menerima sijil diploma berkenaan selain merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan yang hadir.

“Saya terharu pada majlis ini, saya dapat mewakili arwah anak saya menerima sijil diploma ini. 

Adnan ketika ditemui media

“Allah lagi menyayangi dia dan itu sajalah yang saya dapat katakan. Tak ada apa-apa yang lebih. Saya ucapkan tahniah juga kepada rakan-rakannya, rakan-rakan sekuliahnya. Agar lebih terus maju jaya,” katanya.

Istiadat konvokesyen itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Sementara itu, Adnan berkata, anak bongsunya itu adalah seorang yang senang diurus selain suka menolong rakan-rakannya.

“Dia seorang anak yang senang diatur, dengar cakap,  apa-apa pun senang diatur. Dia suka menolong orang dan kawan-kawannya,” katanya.

Menurut Adnan, anaknya dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan ketika bertugas di ibu negeri.

“Selepas anak saya ini menjalani latihan praktikal, dia terus bekerja dan terlibat dalam kemalangan di tempat kerja,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular