HomeUtamaWanita disyaki mengeluarkan ucapan berbaur hasutan di tahan

Wanita disyaki mengeluarkan ucapan berbaur hasutan di tahan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Tawau:  Seorang wanita berusia 23 tahun ditahan pihak berkuasa kerana dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan ketika menghadiri Himpunan Solidariti ‘Justice For Zara’ di sini, Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 23 tahun itu diberkas polis kira-kira jam 12.30 tengah hari di kawasan Batu 4, Jalan Apas, selepas dikenal pasti melalui hasil siasatan.

Jasmin berkata, penahanan dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Penahanan boleh dilakukan oleh pihak polis walaupun tanpa waran. Kita kini sedang merakam percakapan suspek bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pihak polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima tiga laporan berhubung kenyataan suspek yang didakwa menghina Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam ucapannya pada himpunan tersebut.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menimbulkan kegusaran awam melalui ucapan terbuka atau kenyataan sensitif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti pihak tertentu. – Chronivo

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular