HomeUtamaProgram VARSHA Integriti perkukuh tadbir urus, budaya antirasuah

Program VARSHA Integriti perkukuh tadbir urus, budaya antirasuah

Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program VARSHA Integriti dilihat berupaya memperkukuh tadbir urus dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, program itu membuktikan bahawa integriti bukan sekadar slogan, sebaliknya budaya kerja yang perlu dihayati dan diamalkan di semua peringkat.

“penganjuran program ini membuktikan bahawa di bawah kepimpina Ketua Menteri Sabah, integriti bukan sekadar slogan, tetapi satu budaya kerja yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga perkhidmatan awam. 

“Rakyat bukan sahaja mahu menerima perkhidmatan, tetapi mereka mahu merasakan perkhidmatan itu disampaikan secara jujur, telus, adil dan berkesan. 

“Justeru, integriti adalah asas kepada kecekapan pentadbiran serta kunci utama membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program VARSHA Integriti di sini pada Selasa.

Program yang dianjurkan atas inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS).

Bertemakan ‘Setting Up the Boundaries’ atau Menetapkan Sempadan, program ini menekankan kepentingan garis panduan dalam setiap aspek pentadbiran.

James berkata, integriti bukan hanya soal rasuah, tetapi turut merangkumi perkara yang kelihatan kecil seperti “’curang tanpa niat’. 

Katanya, walaupun ia bukan jenayah rasuah secara langsung, perbuatan tersebut boleh mencalarkan imej perkhidmatan awam, mewujudkan salah laku tatakelakuan, serta membawa implikasi undangundang dan tatatertib. 

Sementara itu, James berkata, Program VARSHA Integriti menetapkan empat objektif utama iaitu memantapkan pengetahuan serta amalan nilai integriti dalam kehidupan seharian.

“Selain itu, ia juga melahirkan warga kerja yang berpegang pada nilai murni dan menghindari perbuatan menyalahi undang-undang serta meningkatkan kecekapan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan kementerian.

“Program itu juga dapat meningkatkan kesedaran warga kerja KPMKR serta agensi berkaitan tentang isu, cabaran dan usaha membanteras salah laku berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah,” katanya.

Dalam pada itu, James turut menekankan bahawa isu curang tanpa niat kini semakin mendapat perhatian dalam sektor awam. 

“Walaupun ia bukan jenayah, ia tetap mencemarkan imej perkhidmatan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“Oleh itu, sistem tadbir urus yang sistematik dan polisi yang jelas amat penting bagi memastikan keadilan serta konsistensi dalam tindakan terhadap penjawat awam,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa program kesedaran seperti VARSHA Integriti perlu diperluas supaya aspek moral, integriti, kesihatan mental dan profesionalisme dapat diperkasa dalam kalangan penjawat awam. 

“Sesungguhnya, sikap kebertanggungjawaban seorang penjawat awam adalah cerminan integriti sesebuah pentadbiran kerajaan. 

“Dengan integriti yang tinggi, pentadbiran akan lebih berkesan, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya. –Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular