HomeUtamaSabah Fest 2025 tampilkan keunikan budaya, eratkan perpaduan rakyat

Sabah Fest 2025 tampilkan keunikan budaya, eratkan perpaduan rakyat

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu: Festival kebudayaan terbesar Sabah, ‘Sabah Fest 2025’, kembali dengan edisi lebih meriah yang diadakan selama sebulan bermula 30 Ogos hingga 28 September, bersempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah, dan Hari Malaysia.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, festival itu membawa tema ‘Unity in Diversity: Culture Unites Us’ yang menekankan perpaduan masyarakat melalui seni, tradisi dan kebudayaan.

“Sabah Fest bukan sekadar festival hiburan, ia adalah platform untuk kita menghargai warisan, memperkukuh semangat komuniti dan memperkenalkan keunikan Sabah kepada dunia,” katanya ketika merasmikan acara itu di Jalan Jati, Gaya Street di sini pada Sabtu.

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dari lima bahagian utama Sabah.

Antaranya Pantai Barat, Kudat, Sandakan, Tawau dan Pedalaman yang dipersembahkan melalui muzik, tarian dan pameran interaktif.

Antara acara utama sepanjang Sabah Fest 2025 Unity Fun Run & Walk (6 Sept) – Larian dan jalan santai melalui lokasi ikonik rumah ibadat pelbagai agama dan Mini Carnival @ Imago Mall (6–7 Sept) yang Menampilkan permainan tradisional dan aktiviti interaktif kebudayaan.

Turut diadakan Grand Extravaganza @ Oceanus Boardwalk (27–28 Sept) iaitu Persembahan tarian penuh warna-warni dari seluruh Sabah.

Selain Pameran kebudayaan di Gaya Street Sunday Market, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Suria Sabah Mall.

Maklumat lanjut mengenai festival boleh diperoleh melalui portal rasmi hellosabah.com.

Christina turut menegaskan bahawa penganjuran Sabah Fest adalah simbol penyatuan rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya.

 “Bulan Ogos dan September adalah masa yang istimewa bagi kita semua. Melalui Sabah Fest, kita bukan sahaja meraikan kemerdekaan, tetapi juga mengukuhkan semangat bersatu-padu yang menjadi identiti rakyat Sabah,” katanya.

Festival ini dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan dan pelancong luar negara, sekali gus menyokong sektor pelancongan serta ekonomi komuniti setempat. Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular