HomeUtamaKo-Nelayan bantu transformasi kehidupan nelayan pantai timur Sabah

Ko-Nelayan bantu transformasi kehidupan nelayan pantai timur Sabah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Usaha berterusan kerajaan negeri melalui Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) menjadi pemangkin utama dalam mentransformasi kehidupan nelayan di pantai timur Sabah sekali gus membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pelaksanaan pelbagai skim pembiayaan, bantuan enjin bot serta pengenalan aplikasi digital e-Smart membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan sektor perikanan kekal sebagai sumber rezeki yang mampan.

“Kerajaan Sabah sentiasa bersama golongan nelayan. Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan taraf hidup, tetapi juga menjamin kejayaan mereka dalam sektor perikanan. Syabas kepada Ko-Nelayan kerana berjaya melaksanakan inisiatif penting ini untuk nelayan di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Skim Pembiayaan di bawah Program Peningkatan Pendapatan Nelayan dan Keusahawanan Ko-Nelayan Tawau 2025, di sini semalam.

Menurut Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, lebih RM400,000 diperuntukkan khas bagi membantu nelayan terpilih memperkukuh sumber pendapatan dan memperbaiki taraf hidup.

Beliau berkata, pencapaian ramai nelayan yang kini berjaya keluar daripada kategori miskin adalah hasil kesungguhan rakyat memanfaatkan peluang serta inisiatif yang disediakan kerajaan.

“Amat menggembirakan apabila semakin ramai nelayan mampu mengubah kehidupan mereka daripada miskin kepada lebih berkemampuan. Jika peluang ini digunakan sepenuhnya, mereka bukan sahaja dapat keluar daripada kemiskinan, malah mampu menjadi nelayan yang berdikari,” jelasnya.

Selain penyerahan bantuan, program berkenaan turut disertai dengan kursus peningkatan kapasiti bagi melatih nelayan pantai timur Sabah agar lebih berdaya saing dalam sektor perikanan yang semakin mencabar.

Nizam turut menegaskan, semangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan kerajaan adalah kunci kepada kejayaan usaha transformasi yang sedang digerakkan.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular