HomePolitikNizam sanggah tuduhan Umno Sabah terhadap kepimpinan Ketua Menteri

Nizam sanggah tuduhan Umno Sabah terhadap kepimpinan Ketua Menteri

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menyifatkan tuduhan yang dibuat Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir terhadap pentadbiran Ketua Menteri Sabah sebagai tidak berasas dan bermotif politik.

Menurutnya, dakwaan bahawa pengalaman panjang Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tidak membawa sebarang hasil kepada rakyat bercanggah dengan fakta pembangunan yang telah dicapai negeri ini dalam tempoh lima tahun kebelakangan.

“Masalah asas seperti jalan raya, air dan elektrik adalah legasi berpuluh tahun yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu termasuk semasa Umno menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri. Namun sejak 2021, kerajaan negeri telah memperuntukkan dana khusus di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk menaiktaraf jalan luar bandar, mempercepatkan projek empangan serta bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) bagi menstabilkan bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, isu kadar pengangguran juga perlu dilihat dalam konteks sebenar kerana Sabah berdepan cabaran unik dari segi keluasan, geografi serta pasaran buruh. Bagaimanapun, antara tahun 2021 hingga 2024 sahaja, Sabah berjaya menarik pelaburan bernilai RM35.38 bilion melibatkan 420 projek yang memberi kesan langsung kepada peluang pekerjaan baharu dalam sektor minyak dan gas, pelancongan, pertanian hiliran dan industri teknologi.

Mengulas tuduhan berhubung lesen mineral, Nizam menegaskan ia hanyalah cubaan mengaitkan Ketua Menteri dengan isu yang telah dijelaskan secara rasmi oleh Sabah Mineral Management (SMM) dan Jabatan Tanah dan Ukur.

Katanya, tiada sebarang lesen carigali dikeluarkan kepada mana-mana syarikat manakala SMM juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan palsu yang disebarkan.

“Realitinya, kepimpinan YAB Datuk Seri Hajiji Noor telah berjaya mengembalikan kestabilan politik negeri, memacu pelaburan, memperkukuh hasil negeri serta memastikan penyertaan langsung Sabah dalam Petronas. Melalui Hala Tuju SMJ, Sabah kembali berada pada landasan pembangunan yang mapan,” jelasnya.

Tambah beliau, rakyat Sabah jelas melihat siapa yang membawa keyakinan pelabur dan hala tuju ekonomi lebih baik berbanding pihak yang meninggalkan hutang serta masalah struktur ketika berkuasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular