HomeUtamaSembilan jalan utama di Kota Kinabalu ditutup Ahad ini

Sembilan jalan utama di Kota Kinabalu ditutup Ahad ini

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak sembilan buah jalan akam ditutup Ahad ini sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 Peringkat Negeri Sabah dan Sambutan Hari Sabah 2025.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata, daripada jumlah itu, lima daripadanya adalah di Dataran Bandaraya dan selebihnya di Padang Merdeka.

“Bagi sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 Peringkat Negeri Sabah, jalan akan mula ditutup seawal jam 5 pagi hingga jam 1 petang.

“Antara laluan yang akan ditutup adalah laluan jalan Sutera Harbour bermula daripada lampu isyarat ditutup satu lorong hingga ke Jalan Mentari untuk kontinjen perarakan.

“Kemudian, Jalan Mentari hingga Bulatan Millenium, daripada Bulatan Millenium hingga lampu isyarat 20 dan laluan lampu Centre Point ditutup sepenuhnya seterusnya susur jalan Centre Point iaitu antara Api-api dan Centre Point bagi keutamaan untuk pergerakan perarakan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi temubual bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, pada Khamis.

Kasim berkata, bagi sambutan di Padang Merdeka, antara jalan yang akan ditutup adalah Jalan KK Bypass menuju Bulatan Bunga Raya, Bulatan Bunga Raya ke Bulatan Capital, Jalan Istana iaitu Simpang Bukit Bendera ke Padang Merdeka dan Simpang Jalan Bandaran ke Padang Merdeka.

“Penutupan jalan di kawasan ini bermula jam 4 petang sehingga jam 12 tengah malam,” katanya

Kasim berkata, seramai 327 anggota digerakkan bagi sambutan di Dataran Bandaraya manakala 303 anggota ditugaskan untuk Sambutan Hari Sabah di Padang Merdeka termasuk bantuan daripada Pasukan Gerakan Am.

“Bagi memastikan kelancaran lalu lintas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merancang dengan teliti bagi melancarkan program ini.

“Saya nasihatkan orang awam supaya dapatkan info yang tepat mengenai penutupan jalan ini melalui saluran yang betul antaranya daripada laman sosial Ibu Pejabat Kontinjen sendiri dan patuhlah kepada arahan daripada anggota yang bertugas nanti,” katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya juga telah bersedia dengan kemungkinan akan ada perhimpunan lain yang akan diadakan pada hari berkenaan.-

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular