HomeUtamaKerajaan Sabah utamakan pewartaan rizab kampung untuk penduduk asal

Kerajaan Sabah utamakan pewartaan rizab kampung untuk penduduk asal

Read Time:1 Minute, 3 Second

Tambunan: Kerajaan negeri memberi keutamaan terhadap pewartaan tanah kampung yang telah lama diduduki penduduk asal bagi memastikan mereka memperoleh hak sah terhadap tanah penempatan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu sekali gus mengiktiraf hak rakyat yang sudah menetap di kawasan terbabit sejak puluhan tahun lalu.

“Bagi saya, mereka yang sudah tinggal di situ bepuluh tahun, ada juga sampai 70 hingga 80 tahun, kenapa tidak kita jadikan kampung itu sah? Jadi kita wartakan sebagai rizab kampung,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Yayasan Sabah bersama rakyat di sini pada Khamis. 

Beliau berkata, usaha pewartaan itu juga melibatkan tanah kerajaan termasuk kawasan hutan.

“Baru-baru ini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kita keluarkan hampir 40,000 ekar tanah kerajaan termasuk kawasan hutan untuk puluhan kampung,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, beberapa kampung di kawasan pedalaman turut diluluskan dan diwartakan sebagai rizab kampung agar penduduk tidak lagi dianggap sebagai setinggan.

“Ramai orang kampung merayu kepada kerajaan kerana mereka sudah tinggal lama tetapi dianggap setinggan. Jadi ini satu inisiatif baharu kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pewartaan tanah kampung ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menjaga kebajikan rakyat di samping pelbagai inisiatif lain yang sedang dilaksanakan.- Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan kekalkan Harga Petrol Ron95 Dalam Tempoh Terdekat Selepas Perlaksanaanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular