HomeUtamaIbu Mohamad Nazmie redha keputusan mahkamah

Ibu Mohamad Nazmie redha keputusan mahkamah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Ibu kepada arwah Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu selepas didapati bersalah membunuh anaknya tahun lalu.

Siti Hamidah Jumari, 46, berkata keputusan itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada keluarganya selepas lebih setahun menunggu keadilan ditegakkan.

“Alhamdulillah, keputusan ini terbaiklah. Walaupun anak saya sudah tiada, sekurang-kurangnya keadilan untuk dia sudah ditegakkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah, di sini selepas selesai prosiding mahkamah.

Menurutnya, kes itu diharap dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat mengenai isu buli yang kini semakin membimbangkan.

“Kalau dulu kes buli hanya cedera, sekarang sudah sampai tahap meragut nyawa. Ia perlu dibendung dari peringkat awal, seawal sekolah rendah lagi,” katanya.

Hari ini, Hakim Datuk Duncan Sikodol memutuskan tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 12 sebatan manakala 12 lagi pesalah muda berusia bawah 18 tahun dijatuhkan hukuman penjara sehingga mendapat pengampunan Yang di-Pertua Negeri.

Siti Hamidah dalam pada itu berkata, meskipun beliau memaafkan perbuatan tertuduh, tanggungjawab terhadap kesalahan itu tetap perlu dipikul.

“Saya maafkan, tapi tanggungjawab tetap ada. Hukuman ini mungkin boleh jadi pengajaran kepada semua pihak,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Syarikat pengangkutan di Sabah, Sarawak digesa segera daftar SKPS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular