Oleh J. Evachel John
KOTA KINABALU: Inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan seperti yang dijadualkan namun prosiding itu kini akan didengar di hadapan koroner baharu.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz, yang bertindak sebagai koroner, membuat keputusan itu hari ini.
Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak untuk diterima sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Sementara itu, permohonan pasukan guaman bersama ibu Allahyarhamah Zara agar keluarga terlibat sebagai pihak berkepentingan turut dibenarkan. Permohonan itu termasuk akses kepada semua dokumen berkaitan.
Berita lanjut menyusul …