HomeUtamaPPMRKS cadang yuran agen Sabah-MM2H disemak semula

PPMRKS cadang yuran agen Sabah-MM2H disemak semula

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Perunding Malaysia Rumah Keduaku Sabah (PPMRKS) mencadangkan struktur yuran agen bagi Program Sabah-Malaysia My Second Home (Sabah-MM2H) disemak semula.

Perkara itu dinyatakan menerusi pertemuan bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Seri Liew, di Wisma Tun Fuad Stephens, di sini baru-baru ini. 

Presiden PPMRKS, Jenny Ngu, berkata semakan itu penting bagi memastikan Sabah kekal kompetitif dalam menarik peserta berkualiti dari seluruh dunia.

“Kami juga memohon agar Kementerian terus menyokong usaha promosi persatuan, termasuk memberi subsidi sebahagian kos serta menanggung yuran penyertaan pameran. 

“Sokongan ini membolehkan Sabah memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi kediaman pilihan di rantau ini,” katanya.

Menurutnya, PPMRKS turut merancang siri jerayawara dan promosi antarabangsa bagi meningkatkan kesedaran mengenai program berkenaan.

Dalam pada itu, Christina yang juga Pengerusi Program Sabah-MM2H Negeri berkata, pihak kementerian akan meneliti cadangan yang dikemukakan persatuan itu.

PPMRKS yang ditubuhkan pada 16 Mei 2025, mewakili agen berlesen dan pelbagai pihak berkepentingan yang aktif mempromosikan Sabah sebagai destinasi ‘rumah kedua’ bertaraf dunia.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Josie Lai, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Sabah, Tan Sri David Chu. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular