HomeUtamaTendang perut adik perempuan, abang dipenjara 10 bulan

Tendang perut adik perempuan, abang dipenjara 10 bulan

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan adik perempuannya.

Tertuduh, Insun Habbil, 33, menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini di hadapan Majistret Marilyn Kelvin semasa sebutan pengurusan kes pra perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, Insun dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap adik perempuannya yang berusia 30 tahun pada 6 Julai lalu kira-kira jam 8.30 pagi di Kampung Padas, Manggatal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa hari kejadian berlaku perselisihan faham antara pengadu dengan abang kandungnya di bahagian dapur rumah.

Ketika pengadu keluar daripada tandas, pengadu telah dimaki sebelum menegur abangnya dengan berkata: “Apa masalah kau?”

Tiba-tiba abang pengadu pergi ke arahnya dan menendang bahagian perut pengadu sebanyak dua kali. Pengadu juga telah diugut dengan perkataan, “Saya kasi bunuh kau.”

Keadaan berjaya ditenangkan oleh ayah serta suami pengadu. Ayah pengadu kemudiannya mengambil tali dan mengikat tangan serta kaki abang pengadu. Selepas itu, pengadu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk membuat laporan.

Bertindak atas laporan itu, anggota Task Force IPD Kota Kinabalu pergi ke tempat kejadian dan menangkap suspek yang ketika itu masih diikat oleh ayah pengadu.

Untuk rekod, tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 14 Julai lalu sebelum menukar pengakuannya hari ini.

Pendakwaan dikenalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular