HomeUtamaHari Kebangsaan wadah penyatuan, bukan perpecahan – Razali

Hari Kebangsaan wadah penyatuan, bukan perpecahan – Razali

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Rakyat di negeri ini menjadi antara contoh terbaik kepada Malaysia dengan keunikan hidup bersama dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau, Datuk Mohammed Razali Razi berkata, keunikan itu tidak membiarkan perbezaan menjadi punca kepada perpecahan.

“Orang Sabah ialah rakyat Malaysia sejati. Kita ramai terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, tetapi cara hidup di Sabah berbeza. 

“Orang Sabah fokus kepada keharmonian, dan inilah kekuatan kita. Kalau kita hormat kepelbagaian, kita mampu capai perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program pengagihan Jalur Gemilang di pekan Manggatal, di sini pada Selasa.

Razali berkata, budaya toleransi dan semangat perpaduan yang sekian lama diamalkan di Sabah wajar dijadikan teladan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, ia bagi membolehkan makna kemerdekaan tidak dicemari dengan perselisihan yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa sambutan Hari Kebangsaan perlu dijadikan wadah penyatuan rakyat, bukannya medan perpecahan meskipun berdepan dengan pelbagai isu yang dibangkitkan masyarakat, termasuk slogan “No Justice, No Merdeka” yang kini hangat diperkatakan.

Katanya, walaupun isu keadilan yang digemakan rakyat tidak boleh dipandang remeh, namun semangat kebersamaan pada Hari Kebangsaan mesti tetap dipelihara.

“Kita faham ada isu-isu besar yang sedang dibincangkan, tetapi jangan sampai kita lupa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. 

“Hari Kebangsaan adalah hari penting untuk kebersamaan, jangan kita alih fokus sehingga hilang erti sebenar kemerdekaan,” katanya. – Chronivo  

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular