HomeUtamaWanita warga asing ditahan terlibat aktiviti persundalan di Penampang

Wanita warga asing ditahan terlibat aktiviti persundalan di Penampang

Read Time:46 Second

PENAMPANG: Polis menahan seorang wanita warga asing berusia 27 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan dalam satu operasi di sebuah hotel di Jalan Bundusan, di sini, pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, operasi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sekitar jam 10.30 malam.

“Hasil pemeriksaan di bilik hotel terbabit, polis menemui wanita berkenaan dan menahannya kerana dipercayai menjalankan kegiatan persundalan melalui platform atas talian untuk mendapatkan pelanggan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti itu termasuk telefon bimbit, kondom dan sejumlah wang tunai.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“IPD Penampang komited membanteras aktiviti tidak bermoral di daerah ini dan menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah,” katanya.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular