HomeUtamaKPDN Labuan kompaun pasar raya, gagal pamer harga

KPDN Labuan kompaun pasar raya, gagal pamer harga

Read Time:55 Second

Labuan : Sebuah pasar raya di bandar Labuan dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan selepas didapati gagal mematuhi peraturan penandaan harga barangan jualan.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain, berkata, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan penguat kuasa pada Ahad di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].

“Pihak KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku industri atau peniaga yang ingkar mematuhi undang-undang di bawah kawalselia kementerian. 

“Penandaan harga adalah wajib dan ia penting bagi melindungi kepentingan pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini.

Junaidah berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut memeriksa 37 premis perniagaan lain di sekitar bandar Labuan dan mendapati kesemuanya mematuhi peraturan serta menjual barangan pada harga kawalan ditetapkan.

Menurutnya, bekalan barangan kawalan di pasaran juga didapati mencukupi, mudah diperoleh, dan dijual pada harga berpatutan.

“KPDN Labuan akan terus melaksanakan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan kepatuhan undang-undang, kestabilan bekalan barang kawalan, dan perlindungan terhadap pengguna di Labuan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan boleh menyalurkannya melalui saluran rasmi yang disediakan KPDN. – Chronivo / FOTO KPDN LABUAN

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular