HomeUtamaKerajaan Sabah komited perkasa pendidikan Tahfiz, graduan diseru jadi Duta al-Quran

Kerajaan Sabah komited perkasa pendidikan Tahfiz, graduan diseru jadi Duta al-Quran

Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah memberi komitmen untuk terus menyokong dan memperkasa pembangunan pendidikan Islam di negeri ini, khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam  berkata, bidang itu dianggap sebagai teras penting dalam pembentukan modal insan berakhlak dan berilmu.

Enam graduan yang menerima anugerah. (Dari kiri) Dayang Nurfazilah Mohd Yase (Anugerah Pengetua ITQAS); Miza Faihanah Mohd JApar (Anugerah Yang Dipertua MUIS); Izzah Natashah Putri Wisnu Putra (Anugerah Pengarah JHEAINS); Mohmmad Shazren Abdul Ismail (Anugerah Pengarah JHEAINS); Muhammad Zharfan Lasam Beko (Anugerah Pengetua ITQAS); dan Mohd Redzwan Azis (Anugerah Yang Dipertua MUIS)

“Kami menyedari bahawa pembangunan rohani adalah asas kepada keharmonian dan kemajuan negeri yang seimbang dari segi spiritual dan intelektual.

“Oleh itu, aspek pembangunan modal insan yang seimbang dari segi rohani dan intelektual tidak boleh diabaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Istiadat Konvokesyen Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) kali keenam 2025 di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Jumain (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ruslan pada majlis itu

Pada majlis itu, seramai 65 graduan, terdiri daripada 37 hafiz dan 28 hafizah, diraikan dalam majlis tersebut selepas berjaya menamatkan pengajian dalam dua program utama institut itu.

Para graduan berjaya menamatkan dua program utama iaitu Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat serta Pensijilan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam.

Sementara itu, Ruslan turut menyeru para graduan agar menjadi duta al-Quran, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam, tetapi juga sebagai contoh teladan dalam masyarakat majmuk.

“Anda telah dipilih Allah untuk memikul amanah besar sebagai penjaga al-Quran. Jadilah duta al-Quran yang menyinari masyarakat dengan hidayah, akhlak yang luhur dan ilmu yang bermanfaat,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditemui, Ruslan berkata, ITQAS terus mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya melahirkan lebih 400 graduan huffaz sejak penubuhannya lebih dua dekad lalu.

Katanya, kejayaan itu bukan sahaja membuktikan komitmen dalam memperkasakan pendidikan tahfiz, malah memastikan graduan ITQAS mendapat pengiktirafan rasmi untuk berkhidmat di pelbagai sektor agama negeri.

“Mereka berpeluang untuk berkhidmat di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) serta agensi agama lain,” katanya.

Beliau turut menegaskan kerajaan negeri melalui Pusat Zakat Sabah telah menyalurkan dana untuk menyokong pengajian pelajar tahfiz, selari dengan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Seorang Timbalan Ketua Menteri Cina, jika GRS terus diberi mandat –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular