HomeUtama100 jaket keselamatan diagihkan kepada nelayan Pulau Banggi sempena KMJG 2025

100 jaket keselamatan diagihkan kepada nelayan Pulau Banggi sempena KMJG 2025

Read Time:54 Second

Pulau Banggi : Sebanyak 100 jaket keselamatan diagihkan kepada para nelayan khususnya di Pulau Banggi pada konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di sini.

Konvoi yang julung kalinya sampai di pulau yang terletak di utara Sabah itu merupakan antata misi membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri mengelilingi Sabah.

Agihan jaket itu adalah sebagai simbolik keprihatinan terhadap keselamatan komuniti nelayan menerusi kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pada masa yang sama pasukan Konvoi KMJG Sabah 2025 turut mengedarkan kit merdeka dan 1,000 Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah kepada penduduk Pulau Banggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Hisham Ibrahim berkata, program seumpama ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Bulan Kebangsaan tetapi juga meningkatkan kesedaran keselamatan di laut dalam kalangan nelayan setempat.

“Maritim Malaysia akan terus mendekati masyarakat nelayan di kawasan pulau dan pesisir pantai bagi menyampaikan mesej keselamatan, selain memperkukuh hubungan erat antara agensi keselamatan dengan komuniti maritim,” katanya.

Singgahan bersejarah itu menjadi detik penting apabila Pulau Banggi, sebagai pulau terbesar di Malaysia, turut merasai kemeriahan konvoi KMJG yang membawa mesej penyatuan dan kecintaan terhadap negara.-

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah rangkul juara Debat Generasi MADANI peringkat kebangsaan 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular