HomeUtamaBeberapa lokasi parkir Jalan Tun Fuad Stephens ditutup sempena KK Cleanup Day...

Beberapa lokasi parkir Jalan Tun Fuad Stephens ditutup sempena KK Cleanup Day 2.0 esok

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Beberapa kawasan tempat letak kereta di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens akan ditutup sementara pada Sabtu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan jalan itu adalah bagi memberi laluan kepada penganjuran KK Cleanup Day 2.0 serta Pelancaran Cabaran ‘Kampungku Bersih’ Edisi Kepulauan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025.

Menurut DBKK, penutupan itu akan berkuat kuasa bermula jam 1 pagi hingga 1 tengah hari melibatkan lokasi beberapa lokasi.

Antaranya, tempat letak kereta Medan Selera Anjung Senja, hadapan tempat letak kereta Marriot; ‘Lay-by’ Dataran Bandaraya dan Stesen Perhentian Bas Zon Selatan, Jalan Tun Fuad Stephens.

DBKK menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang acara berlangsung, selain menggunakan jalan alternatif bagi melancarkan trafik serta menjamin keselamatan.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai demi menjayakan program kebersihan dan semangat patriotisme bersempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Acara KK Cleanup Day 2.0 dijangka menarik penyertaan pelbagai komuniti termasuk badan bukan kerajaan, pelajar, sukarelawan, dan penduduk setempat, dengan matlamat mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, indah dan lestari. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

5,000 biasiswa disedia, pelajar boleh mohon TPNS, BUDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular